Nuffnang Nuffnang

Saturday, January 4, 2014

My favorite movie

Now, let's talk about movies. Banyak movies especially Hollywood movies yang aku minat. Ok ni list 10 movies yang paling aku minat and aku akan kupas satu per satu kenapa aku minat abessss dengan cerita ni bermula dengan yang ke10 and so on. 

10. The Italian Job (2003)  
Mark Wahlberg, Charlize Theron, Jason Statham
Kenapa aku minat movie ni?? Of course sebab ada Jason Statham. Lagipon movie ni ada jalan cerita. Dengki tamak haloba tak membawa ke mana2. Akhirnya makan diri. Dan si anak yang simpan dendam kerana ayahnya dibunuh oleh kawan ayahnya sendiri yang nak makan sorang. Macam2 planning dorg buat yang akhirnya membuahkan hasil. In the end, semua kaya dengan golds! Kalau aku, aku pon sanggup bersusah payah! Hahaha... 


9. Armageddon (1998)
Bruce Willis, Ben Afflect, Liv Tyler
Sapa yang tak pernah tengok movie ni adalah dalam kategori sedih!!! Sebab movie ni memang best! Movie ni kunun2 mengisahkan bab Dooms Day atau dalam BMnya hari kiamat. Ada meteor nak serang bumi dan NASA perlukan penggali yang terhebat di alam maya ini untuk menggali ape benda ntah dan tanam bom dalam tu supaya ia malaatopp kebaboommm dan selamatkan bumi. Harry Stamper lakonan Bruce Willis berkorban diri untuk kebahagiaan anaknya sebab anaknya Grace bercinta dengan pekerja dia AJ. Sepatutnya AJ yang kena tanam bom tu bila ada masalah masa nak meletupkan meteor tu. Disebabkan dia nak tengok anak dia bahagia dengan AJ dia ambil alih tugas tu. Haaa bab video conference Grace dgn Harry tu dah buat sejuta air mata aku jatuh! Memang sangat sangat lah sedih!!


8. Hachi: A Dog's Tale (2009)
Richard Gere, Cary-Hiroyuki Tagawa
As an animal lover, sudah pasti aku suke tgk movie-movie yang berkisahkan pasal anjing atau kucing. Memang suke sangat. Movie ni berdasarkan kisah 
benar seorang professor kolej yang terjumpa seekor anak anjing kat train station. Hari-hari professor ni pergi dan balik ke kolej hanya dengan naik train. Satu hari bila dia terjumpa anak anjing tu, dia pon decide nak bela. Mula2 wife dia tak suke lama2 dah jadi sayang. Di sini bermula best partnya. Hatchi tersangatlah setia sehinggakan dia menunggu kat train station hari-hari walaupun setelah kematian tuannya itu. Tengok movie ni kalau tak mengalir air mataku ini memanglah tidak sah! Memang syahdu syahdaaan sangatlah!


7. Ratatouille (2007)
Voices: Brad Garret, Lou Romano
Haaaa... Movie ni sebenarnya cartoon. Aku suke sebab ada tikus cute yang pandai masak dalam movie ni. Hahaha... Nama pun movie kan.. Remy si tikus itu sangat minatlah masak dan tak takut dengan manusia. Bile dia bertemu dengan si Linguini yag bodoh2 alang tu, mereka menjadi duo yang terhebat di dapur restoran Gusteau yang akhirnya membuat head chef dia si pendek Skinner tuuu meradang. Pulak dia dapat tahu si Linguini tu anak (luar nikah) si Gusteau. Macam2 hal terjadi sampai kantol sudah si Remy rupanya selama ni yang masak sbb si Linguini tu langsung tak pandai masak! Movie ni sangat best dan aku suke tgk bile ada free time aku!


6. Harry Potter and The Prisoner of Azkaban (2004)
Daniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson
Ini adalah filem ketiga dalam franchise Harry Potter dan juga based dari novel tulisan J.K.Rowling. Dalam 7-7 movie Harry Potter, ni yang paling aku favorite. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab garapannya lagi smooth berbanding dengan yang lain. Lagipon lakonan Gary Oldman as Sirius Black memang first class lah! Dan, Rupert and Emma pon makin dewasa dan pandai dah memainkan watak2 mereka sendiri. Apa yang aku dapat concludekan dari movie ni, love and friendship is the most important things in our life! Movie ni pon bile time2 aku kebosanan pasti aku on DVD dan masukkan movie ni!


5. Back to The Future 1,2,3 (1985,1989, 1990)
Michael J. Fox, Christopher Lloyd
This is one cool trilogy! Yes, filem ni memang win! Dari part 1 sampai part 3, memang win! Si Marty McFly tu memang cute sesangatlah di zaman itu. Cute ketot je orangnya. Biasalah movie Hollywood kan mane ada yang betul. Mane ada orang boleh balik ke zaman yang berlalu. Marty dapat balik ke alam itu dengan guna Delorean yang Dr Brown cipta dan ubah segalanya! Dr Brown ni memang seorang scientist giler! Macam-macam benda terjadi, macam-macam sejarah yang mereka ubah. Hahaha memang win!  


4. The Help (2011)
Emma Stone, Viola Davis, Octavia Spencer
Movie ni lagi satu yang win!!! Mana taknya, bonda aku pon minat movie ni taw. Berlatar belakangkan awal tahun 60an, filem ni mengisahkan tentang "perkauman" antara yang putih dan yang berwarna... hitam. Di zaman itu, memang mereka racist! Aibileen lakonan Viola Davis dan Minny lakonan Octavia Spencer bekerja sebagai orang gaji yang bergaji berapa puluh dollar je sebulan. Kerja bagai nak mampus lah kan nak-nak Aibileen yang pening tengok majikan dia Elizabeth yang langsung tak pandai jaga anak. Yang Minny kena dengan majikan dia si Hilly yang memang tersangatlah racist. Skeeter seorang penulis, lakonan Emma Stone, orangnya baik sangat dan tak racist. Keluarga dia pun tak racist cuma mak dia terpaksa menjadi racist sebab mak dia join Kelab Wanita America, ala-ala Wanita Umno gitteww! And aku suke sangatttttt dengan watak Skeeter tu! Dengan ekspresi wajah dia, rambut kenting dia, dia memang WIN! Dia yang tolong Aibileen & Minny tulis buku luahan perasaan pasal majikan-majikan mereka. The best part is bab Minny's pie. Hahahahahaha.... Aku paling tak tahan bab Minny's pie! Kalau nak tahu kenapa best part sangat and kenapa dengan Minny's pie tu, kenalah tonton sendiri. Memang 5 stars lah aku bagi untuk movie ni!


3. The Goonies (1985)
Sean Astin, Josh Brolin, Corey Feldman
Yang ini memang movie family aku! Dari arwah abah sampai ke abg2 aku, semua suke movie ni. Movie ni adalah movie aku masa kecik-kecik dulu. Aku sampaikan carik DVD dia kat Speedy Video. Memang terserlah ke"win"annya lah! Mengisahkan pasal satu geng best buddy ni nak gi cari harta karun demi nak menghalang seorang kaya ni rampas kawasan rumah mereka. Bermula dengan jumpa peta harta karun kat loteng rumah Mikey (sebab bapak Mikey kerja kat muzium) so Mikey dengan kawan-kawan dia Mouth, Chunk & Data semua decide nak gi cari harta karun milik lanun bernama One Eyes Willy. Lepas tu abang dia Brandon ikut dan termasuk kawan abang dia yang pompuan Andy & Steff. Macam-macam hal terjadi, dengan Chunk dapat kawan baru Sloth, pastu family penjenayah Fratelli tu sampai sanggup kejar dorang dan sampailah dorang jumpa kapal One Eyes Willy tu. Memang adventure sangatlah! Syiok tengok movie ni. Ketawa sorang-sorang tengok movie ni lah!


2. Just Like Heaven (2005)
Reese Witherspoon, Mike Ruffalo
Movie ni memang tersangatlah best! Bonda aku pon minat. Kisah cinta kan sapa yang tak minat... Reese Witherspoon sebagai Dr Elizabeth yang busykan diri dengan kerja sampai takde masa nak bercinta. Dia koma dah 3 bulan sebab accident dengan lori. Sebelum dia accident, kakak dia dah nak kenalkan dia dengan seorang lelaki yang juga kawan pada kawan kakak dia tu. Sebab dia koma, kakak dia pon subletkan rumah Elizabeth tu. Mike Ruffalo sebagai David yang sewa rumah tu dan suprising part is Elizabeth balik ke rumah tu sebagai roh. Roh yang baik of course. Mula-muka dorang gaduh-gaduh dan peliknya hanya David yang boleh nampak Elizabeth. Elizabeth pulak tak ingat sapa dia, David yang tolong ingatkan dia semula. Start dari itu mereka dah berbaik dan semacam ada fefeling pulak! Dan the best part, lelaki yang kakak Elizabeth nak kenalkan tu adalah David! Tu yang buat aku suke sesangat dengan movie ni!!! Tak caya, tengoklah sendiri.


1. While You Were Sleeping (1995) 
Bill Pullman, Sandra Bullock
Yes, this is the most fav movie. Memang paling fav sesangat. Romance comedy memang fits me! Sandra Bullock berlakon jadi Lucy dan Billy Pullman sebagai Jack. Setelah kematian bapanya, Lucy duduk sorang-sorang dan hanya bertemankan kucing aje. Dia kerja sebagai penjaga tiket kat train station dan semacam jatuh cinta dengan Peter yang hari-hari beli token kat dia. Peter seorang lelaki bergaya dengan kerja yang hebat, manelah nak pandang si Lucy ni kann... Kejadian Peter jatuh kat rail lepas kena tolak dengan budak-budak nakal, dan Lucy menyelamatkan Peter menemukan Lucy dengan kasih sayang yang dia dambakan selama ini. Cewaahhh..! Lucy berkenalan dengan keluarga Peter di hospital start dari satu salah faham je. Nurse kat ICU tu ingat Lucy tunang Peter. Kekecohan pon bermula! Abang (ke adik ntah) Peter, Jack mula-mula meragui Lucy sebab he have no idea how terrific Lucy was!! Lucy dah pun jatuh sayang kat family Jack dan susah dia nak berterus terang pasal siapa dia sebenarnya... Akhirnya Jack pulak yang terjatuh cinta dengan Lucy tapi bila Peter dah sedar dari koma, Peter pulak dah sukakan Lucy sebab seluruh family dia sukakan Lucy sampai dia ajak Lucy kahwin! Aduh gawatt nih! Hahaha... In the end, Jack & Lucy yang kahwin dan Lucy dapat kasih sayang yang dia nak selama ni dari sebuah family.. Part masa Lucy reject Peter dpn semua orang masa tengah nak nikah tu memang sedih. Mesti bergenang air mata aku ni bila tengok part ni... Sedih sangat hidup Lucy ni sebenarnya.... Lepas bkahwin, Jack bawak Lucy pergi Florence, Italy sebab itulah tempat yang Lucy nak pergi sangat! Lucy siap bawak passport dalam bag dia sebab dia kata kat Jack dia bawak passport sebab manalah tahu dia dah cukup duit nak gi Florence, dapat cop kat passport pon takpelah! Sampai gitu sekali. For me, memang tersangat sangatlah awesome movie ni. Kalau 10 bintang, aku rate 100juta bintang untuk movie ni. Dalam filem ni memaparkan satu je pengajaran... FAMILY IS THE MOST IMPORTANT in life! So jangan abaikan family ye. Must always love them because they're the only person you can TRUST and DEPEND!