Nuffnang Nuffnang

Tuesday, August 11, 2015

Sentap

Hari Ahad adalah hari yang paling membosankan bagi Zaindra. Sheera, teman serumahnya pula pulang ke kampung setiap minggu dan malam baru sampai ke rumah. Minggu ini ibu bapa Zaindra pergi ke Kuantan menjenguk kebun mereka di sana.

"Apa nak buat ni?" Namun lama kelamaan, matanya semakin berat dan dunia Zaindra terus gelap.

"Eh, aku kat mana ni?" Zaindra rasa macam tempat yang dia  berada ni terlalu asing padanya. Kiri dan kanannya hanya batu bata dan dinding yang separuh siap. Kelihatan di kejauhan terdapat seorang lelaki yang agak tinggi memegang sesuatu. Zaindra berasa sangat takut dan berlari sekuat hatinya. Lelaki itu mengejarnya dan di tangan lelaki itu, terdapat pisau pemotong daging. Zaindra menjerit minta tolong dan dia merasakan pisau itu sudah hinggap di badannya lalu dia menjerit seakan dirasuk syaitan.

"Zaindra, kenapa ni? Dari pintu aku dengar kau jerit-jerit macam kena rasuk je. Kau mimpi apa ni teruk sangat?"
"Eh Sheera! Kau dah balik? Cepatnya balik." Balas Zaindra dengan nada yang tercungap-cungap. "Aku mimpi ngeri. Ada orang nak bunuh aku!"
Sheera menggeleng kepala. "Apa saja mimpi kau ni. Aku kena balik cepat. Esok aku ada kerja kat Bukit Aman. Kena cover media conference esok kat sana. Tadi pagi boss aku call. Dah lah, kau pi ambil wuduk, pi solat. Berpeluh-peluh macam pi lari marathon pulak. Aku nak rehat jap, apa-apa panggil aku kat bilik ye. Eh, aku belum kunci pintu. Dah bangun pi cuci muka tu."

Zaindra terus mengelap mukanya, beristifar dan terus bangun ke bilik air.

Sebagai wartawan, Sheera selalu bercerita dengan Zaindra mengenai kes jenayah yang selalu dikendalikan. Mungkin itu salah satu faktor yang mempengaruhi Zaindra sehingga terbawa-bawa dalam mimpi. Zaindra pula adalah seorang Research Executive dan terlalu komited dengan kerja beliau. Dia jarang keluar berseronok di luar dan dia juga tidak mempunyai teman istimewa. Dia masih belum mahu fikir mengenai "boyfriend" kerana dia tidak mahu memeningkan kepalanya seperti yang Sheera lalui.

"Jom keluar makan." Sheera mengajak Zaindra untuk keluar makan bersama dia dan Bob, boyfriend Sheera.
"Takpelah. Aku tak ada moodlah nak keluar. Kau pergi la dating-dating dengan Bob. Aku rasa nak lepak rumah tengok movie jelah."
"Sure or not?" Sambil Sheera mencucuk-cucuk pinggang Zaindra.
"Adoi, janganlah cucuk-cucuk. Betul. You go, I stay. Have fun, bye!"
Sheera tersenyum dan terus berlalu pergi.
"Eh babe, kalau mimpi ngeri datang lagi singgah, kau azankan je kat telinga penjahat tu. Mesti dia panas and terus cair dan hilangkan diri!"

Zaindra terus membaling bantal kecil ke arah Sheera yang berada di muka pintu sambil ketawa kecil.
Dalam ketawanya itu, dia tiba-tiba berasa seram dengan serta merta. Dia merasakan seakan ada yang memerhatikannya.
"Ahhh, perasaan aku je ni." Dua jam berlalu, dia berasa sungguh bosan dengan filem-filem yang ditayangkan di TV.
Kring kring, Zaindra menerima teks dari Sheera. Seperti biasa, Sheera akan pulang lambat dan tanya ada apa nak pesan. Zaindra menjawab "No, thanks."
Zaindra tengok jam, masih awal. "Main Facebook pun best jugak ni."
Zaindra pun pergi ke dapur dulu kerana ingin membuat air Nescafé. Setibanya dia di muka pintu dengan tangan memegang mug air, dia berasa pelik kerana pintu biliknya seakan tertutup sedikit. Seingat Zaindra, dia membiarkan sahaja pintu biliknya itu terbuka luas.
"Angin kot!!!" Zaindra terus duduk di meja tulisnya, membuka Macbook pemberian bapanya dan terus log in ke akaun Facebooknya. Pabila dia buka saja akaunnya, terdapat satu mesej dari lelaki yang sering mengganggunya. Dia tidak kenal siapa dan dia memang tak mahu layan. Seperti biasa, Zaindra tidak akan baca dan akan terus memadam mesej itu.

"Arggggghhhh argghhhh argghhhh..." Nafas Zaindra tersekat dan dia seakan lemas kerana cerutan di lehernya yang semakin kuat. Tangan kecilnya tidak mampu menahan kudrat kekuatan manusia yang mencerut lehernya dari belakang itu. Dia dengan sedaya upaya menoleh ke arah orang itu dan ternyata orang itu adalah Zali, rakan sekerjanya namun berlainan pejabat.

"Sebelum kau mati, aku nak kau tahu yang aku ni sentappppppppp sangat dengan kau Zaindra! Aku ni ikhlas nak kawan dengan kau, kau tak pandang aku langsung macam aku ni tak wujud. Aku PM kau kat fb kau langsung tak seen. Kau tahu tak kau dah buat aku sentap???"

Zaindra menangis dan berfikir macam mana nak "psycho" Zali ni untuk lepaskan cerutan ni.

"Lepaskan I Zali. Jom kita bincang" dengan nada ketakutan dan suara yang tersekat-sekat Zaindra cuba "negotiate" dengan bakal pembunuhnya itu. Lama-lama cerutan itu semakin longgar dan Zali telah pun duduk di bucu katil.

"Kenapa Zaindra? Aku ni tak layak ke jadi boyfriend kau? Aku ni buruk sangat ke?" Dengan pandangan bengis Zali melihat tepat ke muka Zaindra. Zaindra yang agak kesakitan terbatuk-batuk sambil memegang lehernya. Dia masih diam membisu kerana tak tahu apa nak kata.

"Aku tunggu dari malam tadi nak jumpa kau. Dah berpuluh mesej aku send kat fb tapi kau tak baca, lagi lah nak balas. Pagi tadi aku dah sampai rumah kau, aku ketuk pintu tapi kau tak bukak. Aku sentap kau tahu tak, sentap sangat! Tadi kawan kau balik lupa tutup pintu, aku rasa ni peluang aku untuk jumpa kau. Nahhh, aku dah ada depan mata kau ni. Takkan kita tak boleh jadi kawan kotttt...."

Zaindra jadi semakin takut. Maka benarlah dia rasa semacam orang ada memerhatikan dia. Rupanya Zali ni yang dari petang tadi sembunyi di dalam rumahnya. Zaindra masih memikirkan bagaimana dia nak melarikan diri dari Zali.

"Dengar sini Zali. Aku suka kat kau tapi aku malu. Kita boleh jadi kawan. Apa kata kalau kita keluar pergi makan-makan ke atau pergi tengok wayang midnight ke. Masih sempat lagi ni.." Zaindra harap pujukannya ini menjadi.

"Apa? Keluar? Dah lambat dah Zaindra, lambat! Aku ni dah sentap, hati aku dah terluka teruk. Kau lagi ajak keluar?" Zali menjerit ke arah muka Zaindra.

Zaindra terkejut dan tangannya dengan pantas mengambil mug Nescafé di tepi meja dan terus menghayunkan mug itu ke kepala Zali. Terus dia berlari keluar meninggalkan Zaki yang mengaduh kesakitan di lantai biliknya itu. Dia berlari selaju yang dia mampu sehingga dia tidak sedar yang dia tidak memakai kasut. Air mata dia berderai dan dia terjatuh kerana terlanggar batu. Kemudian dia perasan Zali datang membawa pisau pemotong daging dan mahu menetak kepalanya. Dia menjerit sekuat hati seolah-olah ingin memberitahu satu dunia bahawa dia kini dalam kesakitan.

"Zaindra, Zaindra! Ya Allah kenapa ni babe???! Jerit-jerit sambil nangis ni? Kau ok ke???" Sheera mengejutkan Zaindra kerana terdengar raungan Zaindra semasa dia membuka pintu.

Zaindra terus terjaga dari lenanya. Dia tertidur di atas meja tulisnya sambil akaun Facebooknya terbuka. Terus kepalanya mencari-cari Zali. Dia juga pergi keseluruhan rumah dan juga terus memeriksa pintu pagar samada sudah kunci atau belum.

"Aduhhh,  kenapa ni Zaindra? Kau macam nampak hantu je? Ada apa ni sebenarnya?"

"Sheera?? Kau kata tadi kau balik lambat. Kau keluar dengan Bob kan?"

"Babe, kau ni mengigau ke apa? Aku baru sampai dari kampung ni. Tadi aku whatsapp kau, kau tak reply. Aku call pun kau tak jawab. Tak jadi aku nak beli makanan, aku terus suruh Bob hantar rumah terus. Risau aku sebab kau tak jawab phone."

Zaindra berasa sangat pelik dengan keadaan yang dia baru lalui. Tetiba dia dapat mesej di Facebook dari Zali McDaniel.

Zali McDaniel wrote:
"Hi Zaindra. U probably tak perasan I kot. Kita sama-sama satu office. I kat level 7, you kat level 5. Every morning I selalu nampak you kat lift and rasa nak tegur you tapi I nervous. Boleh tak I tegur you esok? Kalau tak, sentap I!😊"

Zaindra terus merasakan dunianya seakan gelap seketika.....

My winning entry for Sharp Aquos 40" TV - Won from Facebook (Thanks Mark!)

Alhamdulillah is what I can say.... It's not that I can't buy the TV (nowadays TV is getting cheaper and cheaper) but the satisfaction of winning and the feeling is thing that I can't describe. The TV is for my mother and I am glad she loves it! Alhamdulillah.....




Now read the story... This is being inspired by TRUE STORY

My parent's great love stories began in year 1974. My late father was a Malaysian Royal Navy base in Woodlands, Singapore and my mother is a Singaporean and a factory worker. They met for the first time during Hari Raya at my grandparent's house as my grandfather invited him and one of his friend after Aidilfitri prayer to their house. My mother just 18 years old then and just started work at Baxter factory just before the fasting month and she never saw my father before. Just like a Hindustan movie, they have their first sight and then fell in love and my mother dropped the coffee that she brought to my father and his friend. My grandmother scolded her and she feel so embarrassed and went off to the kitchen and never when back to the hall. After my father and his friend finished their Raya meal, they shake my grandfather's hand and went off and my mother didn't see them again. After a while, around 4 months later, my mother seems like forget about her "first-love-at-the-first-sight"(she thought) and moving on with her life. That time there is so expensive to get the home phone lines and no other option other than writing the letters. My mother seems gave up but the miracle happened. One day, she just got back from her work, she saw someone familiar. It was my father. My father waited my mother more than 2 hours in front of my grandparent's house and brought one paper bag. My mother was shocked and she couldn't believe what she saw! She was so so happy but she kept control it or in Malay we called it "JUAL MAHAL". Furthermore, my late grandparents kept stalking them and that's makes my mother more "JUAL MAHAL"

Then my father told my mother that he went away sailing to India a day after they met and he actually asked his friend (the one that went together with him earlier) to send the messages (letters) but according to my mother the messages was never being received even tough his friend kept asking my mother out for a movie or dinner. But my mother never says yes as my father was always in her mind. My father was like shocked and wondering what actually his friend up too. Nevertheless, they kept talking for hours and then my father gave the paper bag. My mother peeked and saw that he bought my mother a beautiful sari fabrics originally from India and ask my mother to make a baju kurung.
Then my father went back to the base and face up with his friend. Then he knew the real story behind all the "betrayals". Actually his friend also have the heart to my mother but my mother was loyal to my father even they never have any relationship or attachment (only by heart, awww so romantic!). Back to my father's friend, he knows he never had a chance with my mother and then he apologized to my father. My father is one soft-hearted person and he promised that he will ask my mother to introduce someone to him. Yes, after two weeks, just before they sail to Jakarta, my mother introduced my father's friend to one of her girlfriend and they dating after that. And 4 months later after they went back from Jakarta, they got married.
Just like other couples, my parents also have their ups and downs during their long-distance relationship. My father is quite a handsome man, and some of my mother's friends kept bothering him and some even slandering about my mother, but that won't stop them because they TRUST each other. Their love was so strong (and I'm quite jealous, ha ha ha)
My parent's tied the knot in June 1975 and she wore a baju kurung sari fabrics that my father bought for her. My father purposely bought it for their wedding as my father also bought one cloth for him to make baju melayu, even before they met for the second time. Awww... That is so sweet! And the wedding was so simple.  Just a akad nikah ceremony in front of the kadi & close family and RM1,000 hantaran (that time one of the highest hantaran). One week after the wedding, my father had to sail to Cairo, Morroco and UAE for 6 months. My mother told me that my father left 24 letters for my mother to read one letter per week for 6 months. He will left a letters again and again once he sails for my mother to read. My mother showed the letters to me few years ago and I feel like crying when I read it (most of it, because it's too many) Truly, their love was more stronger than I expected.
Now my father had left us for almost 4 years. My mother will never a second stop thinking about him. And she will never remarried ever again because she wants to meet my father in heaven. I love to tease her asked her to remarry again and she will reply to me "Your mother will never marry again as your mother is so "syiokkk"* with your father!" Hahahaha... How I wish my husband will be just romantic like my late father.
I love you abah, and you will always remain in special place in my heart! And Mak, my love is all for you and I will always love you forever eternally!!!

*syiokkk = so deeply in love


~ I hope my future other half will be just romanti just like my late father. Al-Fatihah to him.... Oh God, I miss you bah! 

Monday, August 10, 2015

Satu Hati

Jam menunjukkan 3 pagi. Namun Qisha masih belum menerima apa-apa berita dari tunangnya, Izham. Kebiasaannya Izham pasti akan menghantar teks mahupun call Qisha dan memaklumkan di mana destinasi penghentiannya. Tetapi kali ini agak janggal kerana hampir 3 pagi, tiada sapaan langsung dari Izham.

Qisha semakin risau. Matanya semakin pedih namun hatinya tidak tenteram. 

"Ke mana saja lah Am ni. Takkan tak berhenti kat R&R mana-mana kot. Selalu jam macam ni, dia dah sampai KL dah. Nak call, ntah-ntah tengah drive. Menyesal pulak tak halang sungguh-sungguh tadi!" keluh Qisha keseorangan di dalam bilik, berbaring di katil sambil tangannya memusing-musingkan telefon bimbitnya itu.

Seperti biasa, Izham yang  berkerja di Kuala Lumpur pasti akan pulang ke Johor Bahru untuk bertemu Qisha (dahulu) pada setiap minggu (kemudian baru kedua ibu bapanya.) Hubungan mereka terjalin sejak di bangku sekolah lagi dan mereka baru 5 bulan bertunang. Walaupun keluarga Qisha menghalang dan Qisha pernah meminta putus, namun Izham tetap berkeras mahu menyunting Qisha menjadi teman hidupnya. Qisha juga berat hati namun kerana cintanya yang mendalam terhadap Izham, dia merelakan jua. 

"Saya akan jaga awak sepenuh hati saya, sayang. Saya takkan sia-siakan awak. Never ever! Ini janji saya pada awak!" Qisha hanya menundukkan diri dan tidak mampu berkata apa sejurus mereka ditunangkan. Dia semahunya menghalang namun hatinya tidak mampu. 

"Jauh terbawa lukisan hatiku.... " bunyi ringing telefon lagu Potret nyanyian Akim berdering minta dijawab. Lantas Qisha menjawab dan tidak sampai seminit, air hangat yang jernih meluncur laju jatuh ke pipinya. Meraung Qisha mendengar khabar berita dari Farid, abang sulong Izham. Izham kemalangan dan keadaanya sangat membimbangkan! Ibu dan bapa Qisha yang mendengar raungan Qisha segera ke biliknya dan melihat Qisha laksana wanita yang kematian anak pertama, berjalan sekeliling bilik tanpa tujuan. Qisha terus memeluk ibunya dan terus menceritakan perihal kemalangan itu dan mereka terus bersiap dan memulakan perjalanan mereka ke Seremban.


Setibanya mereka bertiga di Hospital Seremban, keadaan Qisha menjadi semakin lemah dan tidak bermaya akibat menangis sepanjang perjalanan. Qisha akhirnya pengsan selepas melihat keadaan Izham yang penuh dengan wayar-wayar sana sini. Setelah keluarga masing-masing membuat perbincangan dengan pihak hospital, mereka bersetuju membawa Izham dan Qisha mendapat rawatan di Johor Bahru pada pagi itu juga.


Keadaan Izham masih kritikal. Qisha pula masih tidak sedarkan diri. Keluarga masing-masing mengharapkan keajaiban dari Tuhan supaya pasangan dua sejoli ini segera sembuh. Tetapi Tuhan adalah sebaik-baik perancang. Sehari selepas dimasukkan ke Puteri Specialist Hospital, doktor sedaya upaya menyelamatkan Izham namun dek kerana kecederaan dalaman yang serius, Izham tidak dapat diselamatkan. Sebelum Izham pergi, dia telah memberi satu wasiat penting dan dia telah meninggalkan wasiat itu kepada abangnya Farid.


Perbuatan antara Izham dan Farid menerusi Whatsapp dua hari sebelum kemalangan 


Izham : Yid, kalau aku mati, aku wasiatkan kau bagi hati aku pada Qisha ye. Aku nak hadiahkan hati aku ni pada Qisha.

Farid : A menda yang kau cakap merepek ni giler! Meh datang Osman kita pekena roti canai. Budak-budak semua ada sini. Takyah laaa asyik nak berendut* je. Kau belanja ok!
Izham : Aku cakap betul ni. Kau bagi hati aku pada Qisha tau!
Farid : Aduhhh,  kau ni. Cepat datang Osman Uda. Budak-budak semua dah tanya kau!!
Izham : Ok ok, otw.
*berendut = bercinta 

Dua hari kemudian, Qisha terjaga dan terus menyebut nama Izham. Ibunya yang tak lekang Surah Yassin ditangan terus menenteramkan Qisha. Dengan perlahan-lahan ibunya membacakan Surah Al-Fatihah dan menghembuskan ke ubun-ubun kepala Qisha sambil mencium ubun-ubun itu. Dengan lafaz Bismillah ibunya memulakan langkah untuk menceritakan semuanya.


"Qisha sayang ibu, ibu harap Qisha tabahkan hati ye nak. Izham... Izham..." Puan Aziah tidak mampu meneruskan kata-kata kerana terlalu sedih dan dia terus menangis teresak-esak. Bapa Qisha, Encik Rahman pula menyambung kata-kata ibu Qisha.

"Ayah harap Qisha sabar ye sayang. Ayah nak Qisha tabahkan hati dan kuatkan semangat Qisha. Izham cedera parah dalam kemalangan itu, tulang rusuknya patah dan pembuluh darahnya pecah dan dia tak dapat diselamatkan. Allah lebih menyayangi dia Sha."

Makin bercucuran air mata Qisha mendengarnya. Dia tidak sangka bahawa tunangnya itu pergi dulu dan tidak meninggalkan apa-apa pesan pun.


"Am tak ada tinggalkan pesan apa-apa ke pada Qisha?"

Farid yang dari tadi berdiri di muka pintu mula bersuara. 
"Ada, dia suruh abang dermakan hatinya pada Qisha."

Air mata Qisha semakin meluncur laju tanpa batasan. Itulah sebabnya mengapa keluarga Qisha menghalang Izham mengahwini Qisha. Qisha adalah seorang pesakit hati yang kronik. Separuh dari hatinya sudah rosak dan dia masih dalam senarai menunggu derma hati dari para penderma organ. Qisha tidak mahu Izham berkahwin dengan pesakit hati yang kronik kerana doktor sahkan Qisha hanya mampu bertahan lebih kurang 8 bulan ke setahun. Namun Izham yang memang terkenal sifat kepala batunya tetap mahu mengahwini Qisha. 


"Saya tak boleh nak fikir orang lain la awak.. Dalam hati saya ni ada awak sorang je... Nurqisha Laila Binti Rahman hanya ada dalam ingatan Izham Rashidi Bin Hj Mohammad aje, sampai makan pun tak lena, mandi pun tak kenyang.... Ehhh!"


"Ye Sha, masa Sha dapat tahu berita kemalangan Izham, Sha menangis tak henti-henti. Hati Sha menjadi bengkak dan Sha terus pengsan selepas tengok keadaan Izham. Doktor di Seremban beri nasihat suruh bawa Qisha balik JB dan buat pembedahan kat JB. Ibu dan ayah bincang dengan keluarga arwah Am bawak kamu berdua balik JB sebab taknak pisahkan kamu berdua. Namun Allah lebih sayangkan arwah Am. Lepas je post-mortem je, doktor terus bedah hati Sha dan gantikan hati Sha dengan hati arwah Am."


"Arwah Am????" Pedih sangat pedih Qisha mendengar perkataan itu dari mulut ibunya sendiri. Selepas mendengar penjelasan ibunya, Qisha terus pejamkan matanya dan mengingati kata-kata akhir dari Izham sebelum Izham berangkat pulang ke Kuala Lumpur pada malam kejadian yang meragut nyawa tunang kesayangannya itu.


"Hati ini milik awak dan akan jadi milik awak selamanya. Hati kita akan jadi satu sampai bila-bila. Saya sayang awak sampai Jannah!" 



I'm back! Saya kembali!!!!

Salam semua.. Dah terlalu lama blog ni bersawang. Maka marilah kita memeriahkannya.

Ianya adalah impian saya untuk menjadi penulis, tetapi atas kekangan masa dan kerja, jarang dapat saya menulis. Sekarang sudah tiba masanya saya menulis cerita-cerita pendek berinspirasikan kisah benarlah mahupun imaginasi sahaja. Cerita-cerita ini walaupun pendek tetapi saya gerenti awak-awak semua akan terbuai perasan pabila membaca cerita-cerita saya ini. 😄

Stay tuned gaisss!

Sunday, September 21, 2014

:: A Journey To Remember :: Seumur hidup berlaku sekali je kottt.....

Hi there.. Kita jumpa lagi.. Ok, as promised, nilah dia post pasal Mabul & Sipadan Water Village.. Baca dan bayangkan anda berada di sana juga ye..

First of all, trip ni saya menang contest Cuti-Cuti Malaysia via Facebook page Tourism Malaysia. I won trip for two, so mak gonna be my partner lah dalam trip ni.. Memang terkejutzzz sangatlah bila nama dia umumkan.. Yelah, gambar yang saya hantar bukan pakai DSLR ke apa, tapi kata orang kalau dah rezeki tatappppp lah rezeki. Hadiah datang sekali package dengan MacBook Air 11". Alhamdulillah, memang rezeki yang Allah bagi ni. Maka kenalah amek sampai KL sebab dia tak boleh postkan hadiah tu.. Takde hal la, sebab KL bukanlah jauh sangat, 4-5 jam dah sampai daa.. Lagipun memang ada ambil hadiah lain juga.
                       
                                    The prize!

Maka dengan itu, mulalah proses mengebook (mengebook?????) trip ni dengan Flynn Good Holiday. Nanti check out their fb k. Flynn Good Holiday. Memang superb lah dorang tolong book kan our trip. Sebab me and mak tak berani nak gi berdua je. Yelah, ni trip gi pulau kann, gi berdua, lagi dengan kes culik bunuh bagai tu, mahunya tak takut.. Jadi dengan itu, my brother's family join sekali lepas mak ajak join sekali. Pada mulanya nak gi cuti sekolah bulan June tapi bilik yang saya menang "Standard Room with Private Sundeck" not available. Mana saya nak sebab saya menang yang itu, dia nak bagi yang lain pulak. So postpone ke cuti sekolah bulan September yang 1 week tu. Luckily, dari Senai ada direct flight gi Tawau. So kami semua tak payah nak naik ke KLIA 2. Selamat tambang dan masa juga sebab tak payah ke KLIA 2.

And saya memang nak ucapkan berbanyak terima kasih pada Encik Fariz from Flynn Good Holiday tu sebab arrange everything untuk kami. From flight, land transfer and boat, semua dia yang settlekan. So, 12th - 14th September adalah tarikh untuk kami berjimba di Sipadan Water Village, Pulau Mabul in Sabah. Sehari selepas birthday mak pulak tu, memang hadiah birthday untuk mak lah ni. Sebab dari dulu, masa mak tengok movie Duyung, lakonan Saiful Apek & Maya Karin, mak memang dah teringin nak gi bercuti Pulau Sipadan. So impian mak dah pun tercapai.. Kalau saya tak menang contest, memang tak sampai saya ke sana pun.

                             
 One of email from Fariz to me. Good job Fariz!


Day 1
12th September 2014

Masanya telah tiba, pagi2 dah bangun. Lepas sarapan di Restoran Hwa Mui, Taman Sutera, kami semua straight gi Senai Airport. Flight jam 1040, jam 0920 kami dah checked in. Tak sangka pulak, Fariz dah bookedkan kami Premium Seat. Memang best sebab kami semua dapat masuk ke kabin dulu. Sebelum2 ni kami bila book sendiri, semua booked seat biasa je, kena beratur and berebut. Kali ni, dengan muka agak berlagak (hahahahha, gurau je) kami pun jalan melepasi penumpang lain masa nak masuk ke kabin. Oleh kerana setahun sekali je naik flight, agak seram sejukzzz jugaklah naik flight kali ni. Dengan cerita pasal MH MH bagai tu, maunya lah tak seriau kann... Tapi Alhamdulillah pergi dan balik Allah melindungi kami semua.

Ok, bila dah smpai Airport Tawau tu, awal setengah jam. Suppose sampai jam 1320 tp jam 1250 dah sampai. Sampai2 je, pakcik van Sipadan Water Village dah tunggu kami di pintu airport dan terus drive bawa kami ke Semporna. Kami berkongsi van dengan satu couple from Finland and seorang perempuan Cina (tak tahulah warga apa). Perjalanan dalam sejam setengah juga, dapatlah saya tidur kejap dalam setengah jam juga. Bila dah sampai je kat jeti Semporna, naik lagi boat straight ke Sipadan Water Village di Pulau Mabul. Perjalanan boat kami dalam 45minit. Kalau ikut kata pemandu boat, sejam pun pernah jejak kalau laut bergelora. Sejuknya mak aihhh sebab boat tu laju. Nasib saya tak mabuk laut. Alhamdulillah..

    
   Wefie dalam cabin before depart

   
Touchdown Tawau!

  
Immigration kat Tawau Airport

  
Baru nak naik van menuju ke Semporna
    
        Perjalanan dari Tawau ke Semporna ni

       
                                      Dalam perjalanan ke Sipadan Water Village

Sepanjang perjalanan boat tu, ya Allah, keindahan laut yang Allah cipta memang tiada tandingan. Airnya ada sebahagiannya warna hijau, sebahagiannya warna biru. Perghhh, memang lawa! Memang jamuan mata sangat ni. Then bila dah sampai kat chalet Sipadan Water Village, air memang crystal clear. Walaupun ada sampah sikit, tapi airnya masih bersih. Sampai2 terus bergambar kat pintu gerbang. Upacara wajib tu. Kalau terlupa nanti rugi je. Gambar tu memang menjadi. Saya siap framekan dah. Satu untuk rumah saya, satu untuk rumah abang saya.

                     I love this picture of us!


Maka sampai2 je bilik, mestilah ambil gambar bilik dulu kann.. Biliknya besar, ada private sundeck lagi seperti yang dijanjikan. Boleh tengok sunrise and sunset. Tapi malangnya boleh tengok sunrise aje, sunset tak nampak dari sundeck tu. 

              Perjalanan menuju ke our room

           
                                                              The room

          
                                                              The room 

                                                            The private sundeck of mine

Lepas tukar baju, kami jalan2 tengok perkampungan Bajau depan resort tu sementara tunggu waktu dinner. Dengarnya, bukan semua orang Bajau di situ, ada yang dari Philippines sebab larikan diri dari kes kekacauan kat negara mereka. Benar atau tidak, saya pun tak tahu. Tapi anak2 di situ, (saya panggil anak2 Mabul) memang jauh berbeza dari anak2 di bandar. iPad mereka adalah tanah yang mereka touch2/sentuh2 PS4 mereka adalah batu2 karang dan kayu2 di situ dan Facebook mereka adalah mulut dan tangan mereka sendiri. Yang agak remaja ada handphone, yang tu agak modern sikit la. Ada  rumah yang ada LCD tv juga tau, boleh tahan juga modern mereka ni. Kami beli maggi cup, air coke dengan keropok sikit. Mahal tu biasa, pulau kan.

                           
                                                                         It's me!

        
                                                               Anak2 Mabul

Lepas beli dan jalan2 tengok mutiara kat situ, (tak beli pun sebab layanan tak best) kami terserempak dengan anak2 Mabul (kottt) yang tengah "pancing" ikan. Tak guna joran pun, guna tali tangsi je. Mata kail letak cacing, rentap2 terus dapat anak ikan putih.. Memang mantap! Bila dia dapat tu, terus dia katok kepala ikan tu, terus gol. Hahaha... Yelah, dia taknak ikan tu lepaskan diri kan. Budak tu sporting, siap posing dengan ikan dia.

                        
                                                              Sporting budak ni

Masa untuk mulanya perintah berkurung (curfew) mula jam 1800 . Sebelum balik resort, jumpa dengan Adrian, one of the dive master kat situ. Handsome pun handsome! Baik budi dan cakap pun lemah lembut. Dia yang cerita kes yang culik tu happened kat Bungalow Resort, bersebelahan je dengan SWV. Then dia jugalah yang cerita pasal perkampungan tu ada yang dari Philippines datang buat  penempatan di situ. Lepas borak2, kami pun terus gi dinner. Ni first dinner kami, I gave only 2.5 out of 5. Memang tak berapa sedap lah. Tak tahu lah memang gitu ke makanannya or chefnya demam. Dah lapo (org Johor cakap) bedal jelah. Tapi ada supplier seafood tanya esok time dinner nak makan ketam ke ikan ke lobster ke. So abang saya just order salted egg crab je. Esok dinner hopefully sedaplah! Before balik bilik, my nephew muntah2. Dia macam tak sihat sangat. Dalam flight pun dia dah makan ubat demam dia. Lepas makan, kami balik bilik rest kat private sundeck tu tengok awan malam dan layan kocakan ikan bawah chalet tu. Dah tentu chalet atas air kannn.. Lepas tu zzzz lah ape lagi. Dan semput (asthma) saya pun dah mula nak menyerang. Ya Allah, sempit dada den....

                                            Adrian the dive master


Day 2
13th September 201

Yeah, today time for snorkeling. Saya dah terjaga lebih kurang am 0500. Nak tengok sunrise katanya. Yelah, kat Sabah kan subuh awal dan matahari terbit seawal jam 0530-0540. Nampak jelas sunrisenya. Alhamdulillah ciptaan Allah itu sangat indah. Bila dah tengok keindahan itu,  asthmatic saya tiba2 disappear.. Hahaha tahu je diri saya nak snorkelling kottt. Kemudian kami jalan gi breakfast.. Sesambil jalan gi breakfast, ikan dah start mencari makanan dan berenang sana sini. Kami gi breakfast dah siap2 pakai baju mandi. Masa breakfast, (breakfast sedap, yang paling sedap bubur nasinya!), ada anak2 Mabul tu datang naik sampan kecil ciptaan mereka sendiri. Mencari ikan of course. Besar pulak tu ikan yang dia dapat. Kami layan juga mereka tu sebelum berangkat naik boat nak gi snorkeling dan bagi sedekah laa sikit2 untuk mereka. Tak salah kita kongsi rezeki kan...

                                                      The sunrise on the second day

Snorkeling time!!! Lepas breakfast, terus gi tempat naik boat. Then isi nama dalam buku, ambil google snorkeling dan safety jackets. That boat bawa kami sefamily dan one family, anak sorang+mak+bapak from China (saya gelarkan anak dia Si Gem, hehehe...) gi straight ke Pulau Sipadan. Yes, that pulau yang ada kekecohan itu. Tak pergi pun Pulau Kapalai sebab pemandu boat tu kata kat Kapalai tak menarik nak snorkeling. Kata dia laaa... So kami proceed dengan snorkeling kat Pulau Sipadan je. Nak gi pulau tu kena surcharge RM40 per pax tau. Payable masa check out nanti. Surcharge mungkin sebab tak nak bagi orang gi sana ramai2 kot. Perjalanan ke Pulau Sipadan dalam 30minit juga. Ni naik speed boat lagi laju. Bila dia langgar ombak, dah macam rollercoaster daaaa... Tapi memang best. Mak saya macam takut je, my nephew pun nampak takut tapi dia suka tu sebab dia tak takut naik rollercoaster. Kalau kat Legoland, berkali2 dia nak naik Project X tuuu.. Eh, cerita pasal Legoland pulak ekk...

                            
                                                                   Snorkeling time

Berbalik pada snorkeling time, bila dah sampai Pulau Sipadan, kami diharuskan register nama pada buku rekod polis. Yelah, ianya sebagai langkah berjaga2 kan. Kalau hilang ke apa ke, dah ada rekod. Lepas tulis nama, sempat lah selfie sana sinun before naik boat balik untuk gi snorkeling. Sampai pemandu boat panggil2.. Hehehe, yelah first time sampai, mestilah agak jakun kan. Cuaca pun agak panas tapi taklah terik sangat. Sesampai je kat kawasan snorkeling, mulalah pengalaman saya bersnorkeling buat kali pertama. Memang saya tak pernah snorkeling before. Pergi pulau, pun tak pernah lagi. Cuma Pulau Langkawi je dah jejak. Tu pun tak pergi snorkeling. Shopping aje. Jadi, pengalaman snorkeling untuk kali pertama ni sangat mengujakan! Nampak jugak ikan tapi sikit. Corals pun tak banyak. Untuk kali pertama ni, mata dah hidung memang tak boleh handle. Air dia masin! Kakak ipar saya dengan my nephew dah naik boat awal sebab budak kecik tu dah panic. Yelah air laut lepas kann.. Tapi memang superb! SUPERB sangat untuk first timer cam saya ni. Ni first session. Lepas session ni settle, pemandu boat bawa kami balik ke tempat yang kami register tu untuk break minum jap.

Dalam masa break tu, kami sembang2 dengan polis yang jaga kawasan pulau tu. Macam cerita kami borakkan. Dia ada show video orang snorkeling, nampak ikan itu ikan ini dan nampak penyu juga. Sempat jugalah mereka tanya berapa cost belanja datang trip bercuti kat sini. Mak cerita saya menang contest, family abang saya je yang bayar sendiri. Seronok borak2 dengan mereka. Yelah, mereka nak sembang borak dengan siapa kan, sebab yang datang situ layan scuba diving almost semua tourist luar negara. Yang Melayu, rasanya kami aje. Tu yang galak sembang tu. Sempat juga kami berselfie monopod dengan abe2 polis tu, buat kenangan.

          
                                                      Pulau Sipadan dan markas tentera


          
                                                      Monopod selfie dengan abe2 polis


Second session ni best. Kakak ipar saya yang tadi naik boat awal, kali ni kuatkan semangat nak snorkeling juga. Kami bertiga termasuk abang saya snorkeling guna satu boya. Kali ni nampak banyak ikan! And the corals, MasyaAllah..... Cantik tak terkata! Ciptaan Allah kan, tiada bandingannya. Kalau lah saya berpeluang snorkeling tiap2 hari, mesti saya tak lepaskan peluang jamu mata saya dengan ciptaan Allah ni. Sangat menakjubkan I tell you! Kalau kamu ada fund gi vacation trip pulau, pergilah Sipadan. Memang tak rugiiiiiiiiii....... Then the second session pun dah tamat. It's time to go back to our chalet dan lunch time.

Ok, bila dah sampai2 chalet, waktu lunch pun dah start. Makanan kali ni pun sedap. Sesambil makan, ada budak2 Mabul datang mintak2 duit. Mereka jalan kaki harung air laut tu. Tengahari air sangat surut dan nampak corals dia, walaupun yang belah kat tempat makan tu tak banyak corals. Starfish Patrick ada,  macam2 colors ada. Hambbboiii, sakan ye mintak sana sini. Ni mesti budak yang kami bagi duit pagi tadi pukul canang. Saya siap cakap "tak bawa ikan pun, kalau ada ikan ok lah." Budak tu pun blah. Dalam 10minit dia dua orang tu datang bawa ikan BUNTAL! Hahahaha, siap bawa ikan buntal tuuu... Then saya suruh dia angkat Patrick the Starfish sebab nak ambil gambar, dia pun ikut je arahan. Buat persembahan gitu. Jadi, adalah habuan untuk dia. Mak dengan abang saya cair hati bagi juga habuan dia. Alhamdulillah rezeki dia.

                          
                                                                        Anak2 Mabul

Lepas lunch, kami pun balik bilik.. Otw balik bilik pun, ada jumpa seorang anak Mabul sorang2 jalan atas coral, pun mintak duit. Bila cakap duit dah habis, dia menjawab "Orang kaya lokek!" Mak oihhh, sesedapppp mulut je ekkk cakap kita gitu. Kami pun buat tak dengar dan terus balik bilik. Lepak wooooo! Sampai je bilik, mandi, selfie sikit, ambil gambar anak2 Mabul kayuh boat buatan sendiri dan ambil gambar corals sebab air masih surut masa tu. Menang superb ganda 1000! Takut nak post gambar tak letak watermark sebab takut orang curi gambar & claims dia punya gambar. Nowadays orang tak malu dah nak mencuri gambar. Benci! Lepas bergambar sana sini, jam dah menunjukkan 1340, memang tidur time. Penat dan asthma pun dah nak datang daaah! Aduhaiii...

                           
                                                          Speechless tengok air dia....


Jam 1700 saya terjaga sudah. Asthma saya makin menjadi. Yelah, badan penat kan.... Tapi bila mak dah urut letak Vics, Alhamdulillah dah elok sikit. Lepas tu, saya, kakak ipar dan abang saya terus gi ambil gambar atas deck yang memang orang ambil signature picture bila datang SWV. Bila tengok Instagram, pelik juga kat mana lah dorang ni ambil gambar ni, nampak view chalets. Rupanya deck tu depan je bilik kami. Memang view dia sangat superb!

                           
                                                            Signature picture from SWV

                       
                                                                      Lawa kan....
                       
                                                                        Superb!

Ok, it's dinner time. Ni last dinner kami sebab esok dah nak check out dah. So, it's crabby time. Sedap salted egg crab dia lah! Fresh. Puas makan.. Lauk dia pun sedap betul. Memang jauh beza dari malam tadi. Kami memang teging (hahahaha) orang lain dah habis makan, dah balik bilik, kami masih makan lagi. Punyalah menikmati! Lepas dinner, asthma datang! Betul punya bunyi nafas den ni haaa...... Saya dengan mak siap2 kemas bag sebab esok boat 0630. Flight jam 1320 tapi mereka tak bagi naik boat jam 1000. Mungkin takut lambat sampai airport kann.. Lepas urut lagi, saya dengan mak lepak bilik abang saya. Saya pinjam toilet, lepas tu tak tahu pulak pintu tu rosak, tak boleh tutup pintunya. Saya pun tutup. Dah terkunci! Aduhhh, saya pun dengan nephew saya gi reception nak cari housekeeping. Dengan baju tidur saya, dengan asthma yang tak berapa nak hilang, gagah jua gi reception. Sekali reception dah tutup daaa... Yang ada pakcik2 dan abe2 polis je. Nasib mereka tak tanya apa2. Maka saya pun balik ke bilik dengan hampanya. Nak try bukak ala2 McGyver guna kad, tak boleh pulak. Akhirnya penerajang abang saya juga yang boleh! Selamat.... Kalau tak, nak nunggu housekeeping pagi esok, masakkk lah. Jam 2200, memasing dah ngantukkk.. So, saya dengan mak pun balik sangkar sendiri... Dan zzzzzz....

           
                                                           Crabby time! Sedappppppp........


Day 3
14th September 2014

Pagi2 dah bangun. Jam 0430 gittu.. Kali ni tak tunggu sunrise sebab dah nak balik JB da.. Lagipun lepas mandi terus siap2 gi breakfast. Makan ala cart je sebab jam 0630, boat dah jalan dah.. Kenangan yang sepanjang 3H2M di Sipadan Water Village akan terpahat dalam ingatan saya selamanya. Perjalanan pulang dengan boat menuju ke jeti Semporna rasa kejap je sebab air tenang sangat. Sampai2 jeti je, pakcik driver SWV dah menunggu dah. Perjalanan ke airport Tawau pun rasa sekejap je. Jam 0920 kami dah siap2 sampai ke airport. Kemudian kami ajak pakcik driver tu makan Nasi Payau sementara pakcik tu nak pick up orang lain hantar pergi ke jeti Semporna. Nasi tu berlauk daging rusa dan sedap. Kami makan yang sup punya dan ada sambal dia. Pedas tapi sedap!

                                    
                                                     Last picture of mine kat SWV


      
                                                         Nasi payau, sedap dan pedas

Lepas makan, dalam jam 1000, kami dah sampai airport balik dah. Sesampai je terus shopping mutiara. Tak beli banyak pun sebab tak banyak choice. Mana yang cantik je. Kemudian, kami lepak kat cafe atas, sementara tunggu calling for our flight. Kematu juga lah tapi sebab ada ada gadget, so taklah bosan sangat. Tapi saya bengang giler, U Mobile takde line internet di sanaaaaaaa.... Kerassss bila hidup takde internet wehhh.... Tu yang dah almost seminggu tu baru nak post cerita dalam blog ni.

Jam dah pukul 1220. Ok, dah time untuk boarding. Flight 1345. Semua passes dah pun printed out tadi masa sampai2 di airport. Ciri2 keselamatan kat airport Tawau masih cara lamalahhh! Tali pinggang pun kena buka. Kecoh. Ada sorang uncle tu ketat je muka sebab tali pinggang dia ikat getah (dah season kata mak saya), dah kena buka. Nasib seluar dia tak terlondeh. Hahahahaha.... Tapi tulah, bahana gelakkan dia, saya kena marah dengan abang saya. Kertas permit immigration masa sampai 2 hari lepas, dia punya takde. Kakak ipar, dengan my nephew, ada... Mak saya dengan saya punya memang saya simpan. Saya memang lupa sangat kertas tu kena simpan. Dah sudahhh! Pekerja immigration tu dah lah muka cam pufuafakafa (siapa paham, pepaham jelah ye). Abang saya disuruhnya report polis pasal kertas tu hilang. Nasib balai polis tu tak jauh dan abang saya marah pun kejap je.... Mahapppppp ye Encik Nuar, saya betul2 lupa yang kertas tu kena simpan & serahkan masa nak balik nanti. Biasalah, dah buat salah jangan menjawab. Nescaya, orang yang marah tu akan marah kejap je...

Macam masa pergi, kami duduk Premium Seat juga. Kami jalan dulu, kami duduk dulu. Pastu mak memang jenis suka tengok orang handsome. Berkenan sungguh beliau dengan cabin crew nama Adrian. Adrian lagiii.... Mak kata muka dia cam Dafi. Dafi baekkkkk punya tuu. Dia perasan je mak ada ambil gambar dia. Hihihi... Cute je dia sound mak, "jangan lah ambil gambar saya." So cute!

          
                                                                  Dah nak balik JB daaa.....


                                         
                                 Adrian, the cute cabin crew, macam Dafi Baekkkk Punyerrrrr kan..

Kami touchdown Senai Airport dalam jam 1600. Awal juga, dalam 20 minit awal. Lepas ambil kereta (parking Myvi saya kat parking airport), hantar my brother's family balik Mutiara Rini, saya dengan mak terus balik KM. Alhamdulillah, this journey to remember is the best experience of my life. Kalau tak menang contest, memang taklah sampai sini pun. Kerja 10thn barulah dapat pergi, tu pun kalau consistent simpan duit. Hahahaha....


Thank you to all of you coz spend masa nak baca blog saya yang tak seberapa ni. Hope korang pun akan dapat merasai journey to remeber korang ye..... Next destination....... Belum tahu lagiiiiiii....... Stay tuned.....

See ya in the next post ya..... Tata!


Monday, September 15, 2014

Bersaranggggggg..... Blog ku bersarang...

Hai, kita jumpa lagi.... Mak oihhh, almost 7 bulan tak update ape2 kat blog ni..... Last updated bulan 2 kaw..... Punye lah lama... Nak kata malas update, pun ye juge, tapi more to lupa lah... Lupa yang blog ni wujud.. Hehehe... Banyak cerita yang dah terjadi sepanjang 7 bulan ni taw....

Firstly, pasal contest lah... Semakin hari semakin addicted dengan contest. Dah macam2 benda menang. Dari sekecik-kecik hadiah sampai hadiah yang agak besar... Alhamdulillah ni semua rezeki Allah bagi. Dan dah ramai juga kawan2 Facebook ikut jejak langkah dan ada yang dah menang printer pun. Best tengok  kawan2 menang. Kalau dah rezeki takkanlah ke mana... Dan 12hb September yang lalu, saya dah pun fully redeemed prize yang saya menang dari Tourism Malaysia last year. I won a trip and stay at Sipadan Water Village for two dan paling best, family my brother ikut sekali temankan we both (me and my mom). The more the merrier right? Gambar2 akan dikongikan dalam next post, just for my cover stories of Sipadan. Tunggu my watermarked pictures siap. Sekarang ni banyak kes kecurian gambar. Tanpa segan silunya mereka mencuri, even dengan muka owner. Ishhh ishhh ishhh, ape2 saja jelah dorang ni kan...

Secondly, pasal vacation. Pun ada kaitan dengan contest. End of August, I won contest Shell V POWER Jalan-Jalan Balik Kampung with Nabil and went to dinner with him. Yes, Nabil Raja Lawak tuu.... So, kena naik KL lah kann... That's on 28th of August... Dan memang perancangan Allah tu bijak. Dalam hari yang sama, dapat panggilan dari Warner Music International and the caller told me that I won RM1k sebab me downloaded caller ringtone Mi Mi Mi and need to attend the prize giving ceremony on the Friday night, 29th of August.. Ya Allah, memang dipermudahkan sangat. Dapat je call dari Warner Music tu, terus cari hotel and book. Kat Sunway, stay kat Hotel New Town je, a budget hotel. RM90 je. Dekat sangat dengan Sunway Pyramid, so senang nak jalan kaki. Kat KL on the 29th tu, saya stay kat The Westin Jalan Bukit Bintang. Saja bawa mak merasa hotel 5 stars. Lagipun depan Pavi je nak jalan kaki senang. So, this trip to KL, I can redeem Lois voucher yang menang bulan 6 aritu, The Loaf voucher menang masa Mother's Day and also ambil hadiah kat Sri Pentas. Ambil hadiah kat Sri Pentas tu on the first day, before gerak ke Sunway.

So, hari yang jumpa Nabilicious tu, saya jalan kaki je pergi Sunway Pyramid, the meeting point. Mesti tertanya saya pergi dengan siapa kan sebab memang boleh bawa partner. Mestilah partner in crime saya, my beloved mother, Puan Mazni. Mana boleh tinggal beliau sorang2... Beliau adalah handbag saya laaa.... Hehehehe.... And si Nabil tu memang superb friendly. Panggil mak saya mak lagi. Dan dia tak kering idea nak borak2 dengan saya and with another winner, Yus+his wifey. Memang best gilersss laaa jumpa Nabil tu. Thanks Shell for this wonderful experience. Tak sangka out of thousands of entries, they chose mine. Siapa tak excited kan.... Siap masuk H!Live Astro lagi.... Wow sangat kannnn......! 

And masa kat Soju Bar tu, suasana memang bingit. Dah nama pun bar kann, memang pening laaa... Tapi saya gagahi jua sebab nak kena naik stage ambil mock cheq. Arnold from Hitz FM and partner emcee dia panggil nama saya Hani Suraya Binti Md Zain kuat2 atas stage and saya boleh plak memalu nak naik stage. Waduhhh, first time ni ambil mock cheq pasal menang contest. Teruja, excited, terharu pun ada.. And then pas everything settle, saya and Yunn, kawan dari Facebook and now dah jadi kawan in real life, chilling kat Starbucks Pavi.. Best dapat borak sesama cause we both memang cat lovers and suka ketawa. It was a pleasure to meet and be friend with you Yunn.

Ok, enuff setakat ni.. See ya in the next post ye.. Bebbaiii... And enjoice the photos ye, I banje sket je k... Hihihi....

Ngan Nabilicious with Yus & Nor
 
Siap ada mock cheq tuuu.. Ni kat Soju Bar Pavilion masa attended the prize giving ceremony for Mi Mi Mi Ringback Tone Competition.

With Cik Yunn, chilling and borak2 kat Starbucks Pavi.

Spot me & my bonda! Ni menu kat The Loaf Pavi ni... Nampakkkkk......

Done shopping guna voucher RM500 menang aritu from Facebook page The Lois. Angkat 3 helai jeans. So so worth it!