Hari Ahad adalah hari yang paling membosankan bagi Zaindra. Sheera, teman serumahnya pula pulang ke kampung setiap minggu dan malam baru sampai ke rumah. Minggu ini ibu bapa Zaindra pergi ke Kuantan menjenguk kebun mereka di sana.
"Apa nak buat ni?" Namun lama kelamaan, matanya semakin berat dan dunia Zaindra terus gelap.
"Eh, aku kat mana ni?" Zaindra rasa macam tempat yang dia berada ni terlalu asing padanya. Kiri dan kanannya hanya batu bata dan dinding yang separuh siap. Kelihatan di kejauhan terdapat seorang lelaki yang agak tinggi memegang sesuatu. Zaindra berasa sangat takut dan berlari sekuat hatinya. Lelaki itu mengejarnya dan di tangan lelaki itu, terdapat pisau pemotong daging. Zaindra menjerit minta tolong dan dia merasakan pisau itu sudah hinggap di badannya lalu dia menjerit seakan dirasuk syaitan.
"Zaindra, kenapa ni? Dari pintu aku dengar kau jerit-jerit macam kena rasuk je. Kau mimpi apa ni teruk sangat?"
"Eh Sheera! Kau dah balik? Cepatnya balik." Balas Zaindra dengan nada yang tercungap-cungap. "Aku mimpi ngeri. Ada orang nak bunuh aku!"
Sheera menggeleng kepala. "Apa saja mimpi kau ni. Aku kena balik cepat. Esok aku ada kerja kat Bukit Aman. Kena cover media conference esok kat sana. Tadi pagi boss aku call. Dah lah, kau pi ambil wuduk, pi solat. Berpeluh-peluh macam pi lari marathon pulak. Aku nak rehat jap, apa-apa panggil aku kat bilik ye. Eh, aku belum kunci pintu. Dah bangun pi cuci muka tu."
Zaindra terus mengelap mukanya, beristifar dan terus bangun ke bilik air.
Sebagai wartawan, Sheera selalu bercerita dengan Zaindra mengenai kes jenayah yang selalu dikendalikan. Mungkin itu salah satu faktor yang mempengaruhi Zaindra sehingga terbawa-bawa dalam mimpi. Zaindra pula adalah seorang Research Executive dan terlalu komited dengan kerja beliau. Dia jarang keluar berseronok di luar dan dia juga tidak mempunyai teman istimewa. Dia masih belum mahu fikir mengenai "boyfriend" kerana dia tidak mahu memeningkan kepalanya seperti yang Sheera lalui.
"Jom keluar makan." Sheera mengajak Zaindra untuk keluar makan bersama dia dan Bob, boyfriend Sheera.
"Takpelah. Aku tak ada moodlah nak keluar. Kau pergi la dating-dating dengan Bob. Aku rasa nak lepak rumah tengok movie jelah."
"Sure or not?" Sambil Sheera mencucuk-cucuk pinggang Zaindra.
"Adoi, janganlah cucuk-cucuk. Betul. You go, I stay. Have fun, bye!"
Sheera tersenyum dan terus berlalu pergi.
"Eh babe, kalau mimpi ngeri datang lagi singgah, kau azankan je kat telinga penjahat tu. Mesti dia panas and terus cair dan hilangkan diri!"
Zaindra terus membaling bantal kecil ke arah Sheera yang berada di muka pintu sambil ketawa kecil.
Dalam ketawanya itu, dia tiba-tiba berasa seram dengan serta merta. Dia merasakan seakan ada yang memerhatikannya.
"Ahhh, perasaan aku je ni." Dua jam berlalu, dia berasa sungguh bosan dengan filem-filem yang ditayangkan di TV.
Kring kring, Zaindra menerima teks dari Sheera. Seperti biasa, Sheera akan pulang lambat dan tanya ada apa nak pesan. Zaindra menjawab "No, thanks."
Zaindra tengok jam, masih awal. "Main Facebook pun best jugak ni."
Zaindra pun pergi ke dapur dulu kerana ingin membuat air Nescafé. Setibanya dia di muka pintu dengan tangan memegang mug air, dia berasa pelik kerana pintu biliknya seakan tertutup sedikit. Seingat Zaindra, dia membiarkan sahaja pintu biliknya itu terbuka luas.
"Angin kot!!!" Zaindra terus duduk di meja tulisnya, membuka Macbook pemberian bapanya dan terus log in ke akaun Facebooknya. Pabila dia buka saja akaunnya, terdapat satu mesej dari lelaki yang sering mengganggunya. Dia tidak kenal siapa dan dia memang tak mahu layan. Seperti biasa, Zaindra tidak akan baca dan akan terus memadam mesej itu.
"Arggggghhhh argghhhh argghhhh..." Nafas Zaindra tersekat dan dia seakan lemas kerana cerutan di lehernya yang semakin kuat. Tangan kecilnya tidak mampu menahan kudrat kekuatan manusia yang mencerut lehernya dari belakang itu. Dia dengan sedaya upaya menoleh ke arah orang itu dan ternyata orang itu adalah Zali, rakan sekerjanya namun berlainan pejabat.
"Sebelum kau mati, aku nak kau tahu yang aku ni sentappppppppp sangat dengan kau Zaindra! Aku ni ikhlas nak kawan dengan kau, kau tak pandang aku langsung macam aku ni tak wujud. Aku PM kau kat fb kau langsung tak seen. Kau tahu tak kau dah buat aku sentap???"
Zaindra menangis dan berfikir macam mana nak "psycho" Zali ni untuk lepaskan cerutan ni.
"Lepaskan I Zali. Jom kita bincang" dengan nada ketakutan dan suara yang tersekat-sekat Zaindra cuba "negotiate" dengan bakal pembunuhnya itu. Lama-lama cerutan itu semakin longgar dan Zali telah pun duduk di bucu katil.
"Kenapa Zaindra? Aku ni tak layak ke jadi boyfriend kau? Aku ni buruk sangat ke?" Dengan pandangan bengis Zali melihat tepat ke muka Zaindra. Zaindra yang agak kesakitan terbatuk-batuk sambil memegang lehernya. Dia masih diam membisu kerana tak tahu apa nak kata.
"Aku tunggu dari malam tadi nak jumpa kau. Dah berpuluh mesej aku send kat fb tapi kau tak baca, lagi lah nak balas. Pagi tadi aku dah sampai rumah kau, aku ketuk pintu tapi kau tak bukak. Aku sentap kau tahu tak, sentap sangat! Tadi kawan kau balik lupa tutup pintu, aku rasa ni peluang aku untuk jumpa kau. Nahhh, aku dah ada depan mata kau ni. Takkan kita tak boleh jadi kawan kotttt...."
Zaindra jadi semakin takut. Maka benarlah dia rasa semacam orang ada memerhatikan dia. Rupanya Zali ni yang dari petang tadi sembunyi di dalam rumahnya. Zaindra masih memikirkan bagaimana dia nak melarikan diri dari Zali.
"Dengar sini Zali. Aku suka kat kau tapi aku malu. Kita boleh jadi kawan. Apa kata kalau kita keluar pergi makan-makan ke atau pergi tengok wayang midnight ke. Masih sempat lagi ni.." Zaindra harap pujukannya ini menjadi.
"Apa? Keluar? Dah lambat dah Zaindra, lambat! Aku ni dah sentap, hati aku dah terluka teruk. Kau lagi ajak keluar?" Zali menjerit ke arah muka Zaindra.
Zaindra terkejut dan tangannya dengan pantas mengambil mug Nescafé di tepi meja dan terus menghayunkan mug itu ke kepala Zali. Terus dia berlari keluar meninggalkan Zaki yang mengaduh kesakitan di lantai biliknya itu. Dia berlari selaju yang dia mampu sehingga dia tidak sedar yang dia tidak memakai kasut. Air mata dia berderai dan dia terjatuh kerana terlanggar batu. Kemudian dia perasan Zali datang membawa pisau pemotong daging dan mahu menetak kepalanya. Dia menjerit sekuat hati seolah-olah ingin memberitahu satu dunia bahawa dia kini dalam kesakitan.
"Zaindra, Zaindra! Ya Allah kenapa ni babe???! Jerit-jerit sambil nangis ni? Kau ok ke???" Sheera mengejutkan Zaindra kerana terdengar raungan Zaindra semasa dia membuka pintu.
Zaindra terus terjaga dari lenanya. Dia tertidur di atas meja tulisnya sambil akaun Facebooknya terbuka. Terus kepalanya mencari-cari Zali. Dia juga pergi keseluruhan rumah dan juga terus memeriksa pintu pagar samada sudah kunci atau belum.
"Aduhhh, kenapa ni Zaindra? Kau macam nampak hantu je? Ada apa ni sebenarnya?"
"Sheera?? Kau kata tadi kau balik lambat. Kau keluar dengan Bob kan?"
"Babe, kau ni mengigau ke apa? Aku baru sampai dari kampung ni. Tadi aku whatsapp kau, kau tak reply. Aku call pun kau tak jawab. Tak jadi aku nak beli makanan, aku terus suruh Bob hantar rumah terus. Risau aku sebab kau tak jawab phone."
Zaindra berasa sangat pelik dengan keadaan yang dia baru lalui. Tetiba dia dapat mesej di Facebook dari Zali McDaniel.
Zali McDaniel wrote:
"Hi Zaindra. U probably tak perasan I kot. Kita sama-sama satu office. I kat level 7, you kat level 5. Every morning I selalu nampak you kat lift and rasa nak tegur you tapi I nervous. Boleh tak I tegur you esok? Kalau tak, sentap I!😊"
Zaindra terus merasakan dunianya seakan gelap seketika.....
No comments:
Post a Comment
Komen lah!