Nuffnang Nuffnang

Thursday, December 5, 2013

Bestfriends, teater Makyung Kesaktian Anak Raja Gondang dan IstanaBudaya

Haluuuu... Yeah, it's been a while since I posted on my blog. Ok susulan post TBS oh TBS tuu, 2hb Disember tuu actually aku gi KL sebab nak tengok teater. Yes, it's makyung. Me reminiscing my study years when I was in UiTM Shah Alam di Stadium Shah Alam year 2000-2003. Dulu aku majoring in teater masa amek Diploma Seni Persembahan. Belajar makyung salah satu sylibus yang ada. Bab ni aku akan cerita di lain post ok. 

Aku sampai TBS dalam pukul 4.45pm. Tak sempat nak buat apa2 pon sebab Halim "pakwe" Dilah dah sampai nak fetch aku. Penat tu penat jugak lah tapi sebab semangat membara nak tengok teater, aku lupakan kepenatan itteww!! Then kitorang straight amek Dilah kat HKL. Hujan memang dari JB tak berhenti. Dalam bas memang sejuk tak henggaattt lah! Sampai HKL dalam pukul 5.30pm, tawu2 jelah KL+hujan camne! Dilah dah risau sebab dia suppose punch 7.30pm tapi dah kawtim baik. So lepas amek Dilah, Halim terus drive lagi amek Shu pulak kat Kg Pasir Baru, dekat2 PJ sana. Sampai sana je, dah dalam pukul 6.30pm. Jam KL memang teruk. Then kitorang terus pergi IB Jalan Tun Razak.

Setiba kat IB, ya Allah, sejukkkkk! Hujan makin lebat! Kemudian amek tiket kat kaunter. Aku menang 1 pair sebab share post dari fb RedTix. Mulanya tak dapat nak gi sebab dapat tix yang hari Ahad. Then dia kata boleh amek yang Monday punya. Kalau Monday ok sebab Dilah pun nak gi. Mak aku sehari dua ni pun mood beliau baik & beliau bagi aku gi. Maybe sebab dah dapat jumpa cucu2 yang 5 orey tuu kott... Alhamdulillah sangat2! Ni haaa PM dari Redtix tu masa dia bagitahu aku menang 1 pair tix. 



And ni tiketnya. Aku satu, Shu satu. 

Dilah kongsi dengan Halim. Lepas amek tiket kitorang pon bergambar-gambar dengan poster & promo gallery teater tu. Memang sangat mengimbau kenangan lah! Before masuk Panggung Sari, kitorang lepak minum & makan sandwich kat café. Nampak artis-artis seperti Khalid Salleh, Meor Hashim Manaf, Normala Omar. Dilah cakap orang2 yang lepak kat café tu semua muka2 orang seni!

Ni masa baru sampai kat IB! 



Jam 8.20pm kitorang da standby nak masuk Panggung Sari. Masa tengah tunggu nak masuk, aku bertegur dengan Encik Tharuwat. Suprisingly, he still remember me! Kitorang sembang dari hal PA yang dah tukar FITA, dari hal deannya, pastu lecturer2 yang ada lagi & yang dah takde. PA dah tak besh sebab da banyak tukar. I miss those days lah!!!

8.45pm mula show. Ada kejadian menarik yang berlaku just before aku & my girlfriends & male friend tu masuk panggung. Adoii, IB sekarang dah strict sgt! Dah tak boleh pakai slippers! Jelly bunny tuuu pon tak boleh! So aku kena tukar selipar tu dengan kasut penguin! Can you imagine!! Hahahaha memang once in the lifetime lah! Sad part, lupa nak snap gambar kasut tu! Aduh.. Tapi takpe, sebab duduk je kott dalam panggung tuu... And masa dah start duduk nampak penyanyi Nasser Wahab. Muka tetap maintain muda you!

Ni gambar masa belum start show.

And like usual mesti ada mengadap rebab masa permulaan makyung (ke makyong, mane2 ajelah!!) Aweeee weyyyyy! Hahaha...  Sangap menyangap jugaklah aku ni sebab dah lama tak tengok mengadap rebab. Eh dah macam pantun pulokkk... Teater ni start sedap ditonton bila peran tua & peran muda (Sabri Yunus) - untuk scene di negeri Anak Raja Gondang keluar buat lawak! Dan peran tua dan peran muda - untuk scene di negeri Puteri 7 Beradik. Memang lawak and memang tak kering gusi lah! (gusi memang kering sebab tak dapat minum air dalam panggung ponnn). Lepas tu cerita ni pun makin menarik dan menarik sampai waktu interval. Nampak ex-lecturer aku, Encik Hamzah Tahir, dia senyum dan lambai jugak kat aku. And ni perangai kitorang masa interval! 

 
Lepas tu teater bersambung sampai pukul 11.40pm. Masa on the way nak keluar panggung, serempak dengan Yem Okay, tapi Momo takde. Aku tegur2 gitu aje. Then aku dan girlfriends ni terus chow sebab aku dah mintak tolong kawan Halim beli tiket balik JB pukul 1am. Kena balik malam tu jugak sebab susah kalau tido rumah Dilah. Dari rumah dia nak ke TBS esoknya memang berchentaaa lah! Lagipun Dilah ada barang urgent nak aku pass bagi MakNah (mak dia).

A few days before aku gi IB aku ada tweet kat Datin Sofia Jane @MemHanyut pasal aku nak gi tengok teater ni. Amazingly, she reply tweet aku & and sila lah tengok sendiri di bawah ni... 


And right after the show pun aku tweet & mentioned her. She reply too... Sila tengok ni! 



She's one good actress & tak sombong langsung. Time constraint! Kalau tak, memang I'll be able to snap snap pictures  dgn you Datin Sofia! Takpelah, next2 time InsyaAllah kalau ada rezeki! 

But overall, it's so worth it lah parking kereta kat Flat Larkin, then rushing naik bus all the way from Larkin sampai TBS then awal pagi esoknya terus balik JB balik. And bila dah sampai JB pukul 4.45am tu, sampai ke kereta, kereta kena block pulak. Tahu2 jelah Flat Larkin, kann... 8.40am baru kereta Alza tu gerak, aku drive g TUTA hantar kad bank MakNah lepas tu aku pun dapat balik PG dengan selamatnya. Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...  And ni gambar-gambar masa teater sedang dipentaskan.

Anak Raja Gondang & Puteri Bongsu terbang tuuu....

Masa Anak Raja Gondang kena pasung

Barisan pelakon-pelakon

No comments:

Post a Comment

Komen lah!