Nuffnang Nuffnang

Thursday, December 26, 2013

Tudung RM760

Isu ni menarik untuk aku kupaskan. Topic ni mula-mula kawan aku nama Uthrah yang post kat wall dia, aku komen then aku post kat wall aku... Respond baik jugak dari kawan-kawan yang lain.
Ce check link fb aku ni haaa...

Ye, aku bukanlah pemakai tudung namun isu ini sangat menarik perhatianku. Yelah, RM760 hanya untuk SEHELAI tudung yang khabarnya tidak menutup dada SEPENUHNYA. Sebagai wanita Muslim, menutup aurat adalah WAJIB (aduh, terkena sepam ke muka sendiri!) Aurat wanita Muslim adalah sepenuh dirinya kecuali muka dan tapak tangan sahaja. Korang-korang boleh menggoogle sendirilah kalau nak tahu lebih lanjut ye.

Ok, berbalik kepada isu sehelai tudung RM760, terkajuitttt jugaklah dengar harganya. Mana taknya, harga tu kalau untuk aku cover macam-macam sey. Dari belanja dapur sampai lah belanja anak-anak bulus. Mengapalah mereka-mereka ni letak harga mahaiiii macam tu? Adakah tudung tu dijahit dengan benang emas yang sampai beratus harganya? Aduhaiiii, kalau kat Masjid India KL or Pasar Karat JB ada je yang RM10-20, LAWA-LAWA lagi dan macam-macam pattern hado! Aku bukan apa, sedih jugaklah tengok peniaga-peniaga tudung berjenama ni macam dah tersasar nawaitunya. Wallahualam..... Nawaitu jual tudungkan untuk wanita Muslim tutup aurat mereka. Rasanya tak berbaloilah harga sampai RM760 sehelai. Eh, ada jugaklah dari jenama yang sama RM900 sehelai!!!!!! Biar papaya (tuko dari betik)!!!!!!!!! Lahaiiii, seram dengo. Dapat cover 2 bulan ansuran rumah aku tu!!! Janganlah membazir, membazir tu kan amalan syitonnnnnirooojim! Takkan kita nak jadi syitonnnnnirooojim kotttt!!!! Hidup sekarang ni perlu berjimat cermat sebab segala-galanya naik. Tudung pon nak naik harga jugak ekkk!! Hashtag #TudungPunNaikHarga!

Pakai tudung ni yang paling penting NAWAITU. Kalau pakai tudung atas nama jenama dan ada rasa nak riak, berdosa jugak yang awak akan dapat. Bukan jaminan dapat masuk syurga Al-Jannah tu.. Amalan yang akan dihisab di sana!!! Awaslah, Allah tu tahu setiap zarah nawaitu kita! Ustaz Azhar Idrus penah keluar statement, Pakai tudung tak wajib, tutup aurat tu yang WAJIB!. Kalau pakai kotak tutup muka nampak mata je atau tudung saji tutup kepala selagi ia tutup aurat pun takpe!!! Jom ketawa sebab memang lawakkk!!!!! Hahahahaha....

Haaaa pakai lah camni, ni pun tutup aurat jugak!

Pakai camnilah baru betul wanita Muslim yang solehah!

Doakanlah diri ku supaya dapat hidayah dan menutup aurat sepenuhnya. Sesungguhnya hidayah itu rahsia Allah SWT. Doa sahaja yang aku harapkan dari kalian semua....

Semoga Allah memberkati kita semua!InsyaAllah........


No comments:

Post a Comment

Komen lah!